Information
Laman Utama
PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR KE TINGKATAN SATU SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH AGAMA KERAJAAN NEGERI TERENGGANU BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2013
- Details
- Published on Sunday, 05 August 2012 07:54
- Written by Administrator
- Hits: 1985
Dimaklumkan bahawa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Bahagian Pendidikan akan membuat tawaran Kemasukan bagi Pelajar Tingkatan Satu (1) Lepasan UPSR bagi sesi persekolahan 2013. Permohonan adalah dipelawa daripada rakyat Negeri Terengganu atau telah bermastautin di Terengganu.
Kemasukan ke SMA Negeri (Berasrama Penuh)
Permohonan adalah dipelawa daripada rakyat Negeri Terengganu atau telah bermastautin di Terengganu yang mendapat 5A Sahaja dalam Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012 untuk Kemasukan ke SMA Negeri Berasrama Penuh (Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu).
Permohonan secara ‘online’ melalui laman web http://www.online.jheat.edu.my. Tarikh tutup permohonan adalah 2 minggu (14 hari) selepas keputusan UPSR 2012 diumumkan.
Kemasukan ke SMA Negeri (Bukan Berasrama Penuh)
Mana-mana pelajar yang memohon masuk ke mana-mana Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu hendaklah mengisi borang JHEAT.TG1.SMA.2013 (Lampiran B). Borang yang telah diisi hendaklah dihantar MELALUI Guru Besar Sekolah asal pemohon kepada Pengetua Sekolah Menengah Agama yang telah ditetapkan, supaya tiba tidak lewat daripada 2 minggu selepas keputusan UPSR 2012. diumumkan.
Borang Permohonan ke SMA Negeri Bukan Berasrama Penuh bolehlah didapati daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (Bahagian Pendidikan), Sekolah Menengah Agama berhampiran, Pejabat Agama Daerah dan Sekolah-Sekolah Kebangsaan) atau muat turun daripada laman web http://www.online.jheat.edu.my.

